Saturday, 26 September 2020

BOLEHKAH KITA BERDOA DENGAN DOA اللهم الرفيق الأعلى

🔴 Soalan :Dalam hadith disebutkan bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w. hampir meninggal dunia, baginda berdoa dengan menyebut :اللهم الرفيق الأعلى📌 Apa makna al-Rafiq al-A’la?📌 Bolehkah kita berdoa dengan doa ini, ataupun ia khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w.? 🔴 Jawapan :Pertama : Maksud al-Rafiq al-A’laAl-Rafiq bermaksud kumpulan rakan baik, kumpulan sahabat baik. Al-A’la pula bermaksud yang tertinggi. Kumpulan rakan-rakan baik yang tertinggi ini bermaksud jiwa 4 kumpulan iaitu :a. para nabi, b. orang-orang yang benar, c. orang-orang yang mati syahid dan d. orang-orang soleh yang sudah meninggal dunia. Jiwa mereka ditempatkan di ‘illiyyin, tempat yang baik di sisi Allah.Maksud al-Rafiq al-A’la yang diterangkan...

Wednesday, 23 September 2020

HUKUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH

🍀 PersoalanSeseorang telah melafazkan sumpah dengan nama Allah untuk tidak mengikuti agamawan yang menekankan kepentingan untuk menghayati al-Quran dan hadith-hadith yang sahih dengan disiplin yang betul. Dia menamakan ajaran tersebut sebagai wahabi. Setiapkali diperingatkan tentang bahaya hadith palsu dan pentingnya beramal dengan hadith sahih misalnya, dia akan menggelarkan orang yang mengingatkannya sebagai wahabi. Lafaznya seperti berikut :والله وتالله وباللهDemi Allah. Demi Allah. Demi Allah. Saya tidak akan ikut ajaran wahabi.Apa pandangan ustazah?🍀 Jawapan Ringkas :📌Pertama : Kerugian Apabila Kabur Tentang KebenaranSetiap perkataan yang ada dalam agama ini ada asal usulnya. Apabila kita belajar fiqh misalnya, kita akan diajarkan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons