
Soalan :Assalamualaikum ustazah.Adakah membaca surah al-Ikhlas sebanyak 100 ribu kali mempunyai kelebihan yang dinyatakan dalam hadith?Jawapan :Waalaikumussalam.🔴Bilangan bacaan 100 ribu ini sebenarnya datang daripada HADITH PALSU. Jangan sebarkan hadith palsu dan jangan percaya kepada ganjaran dalam hadith palsu.Perbuatan menyebarkan hadith palsu menempah neraka kerana hadith palsu adalah satu bentuk pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw.🔴Banyakkan bacaan al-Ikhlas dengan pemahaman dan penghayatan kerana kandungannya membentuk TAUHID dalam jiwa dan amalan kita.Inilah maksud hadith sahih, iaitu membaca Surah al-Ikhlas dengan penghayatan menyamai 1/3 al-Quran kerana 1/3 al-Quran mengandungi persoalan TAUHID. Ia bukan bermaksud...