Assalamualaikum.
Adakah benar waktu solat berkait dengan aura warna seperti yang tular?
Jawapan Ringkas :
Perkara pokok dalam isu ini ialah SUMBER AGAMA.
Sumber agama Islam ialah wahyu. Ajaran wahyu terpelihara dalam al-Quran dan al-Hadith yang thabit. Agama menjadi kacau bilau apabila amalan dan huraian agama diambil daripada sumber yang salah, ataupun dengan cara yang salah.
Inilah sebab mengapa syaitan gemar menjelma dalam bentuk mimpi ataupun secara jaga - ‘yaqazah’, lalu mendakwa dirinya sebagai nabi ataupun tokoh penting. Tujuannya ialah mengaburi dan menyaingi ajaran wahyu, dan mencipta sangkaan bahawa kononnya ada jalan ‘wahyu’ lain selain al-Quran dan al-Hadith yang menjadi suluhan hidup muslim.
Chakra memang dimaklumi datang daripada kepercayaan Hindu, sama seperti fahaman Wahdatul Wujud. Tidak boleh mengambil kepalsuan terma dalam agama Hindu sebagai penerangan bagi sesuatu ajaran dalam agama Islam.
Aliran yang menerima kepercayaan dan amalan tiada asal seperti wahdatul wujud, yaqazah, menghadiahkan al-Fatihah kepada Rasulullah, selawat rekaan dengan dakwaan pelbagai khasiat dan konsep martabat 7, didapati sangat mudah menerima idea-idea seperti aura, reiki, kuasa tenaga dalaman ajaran agama lain, dan didapati sukar pula kembali kepada ajaran al-sunnah.
Syariatullah dan sunnatullah tidak bercanggah. Apa yang menyaingi syariat tidak menepati sunnatullah. Dakwaan palsu yang menyalahi sunnatullah tidak akan selari dengan syariat Allah.
https://drive.google.com/file/d/1Dwl0wUunyYS3bA9Mq1bObjnXTFdS9QJB/view?usp=sharing
اللهم اهدنا وسددنا
Dr. Nabilah Hasan
7 Rajab 1443H
0 comments:
Post a Comment