Tuesday, 18 May 2010

TALIAN AMAL

Menulis boleh jadi menyeronokkan. Mungkin lebih sukar daripada bercakap, sebab menulis bukan dengan lidah, namun bagi orang yang kurang bercakap tetapi pandai menulis, adakalanya menulis itu dirasakan jauh lebih mudah. Apa sahaja yang kita hasilkan daripada usaha kita, hasil daripada pilihan kita sendiri, termasuklah tulisan, dikira sebagai amalan yang akan dipertanggungjawabkan dan dinilai. Jikalau dinilai di dunia sahaja, tidak perlulah kita bersusah hati dan bersusah payah sebelum menulis. Cabarannya ialah, tulisan kita akan dinilai pada hari terakhir, hari yang tidak ada lagi hari lain selepasnya - hari akhirat.Bagi seorang pelajar ataupun murid, tulisan guru amat berharga. Dibaca, dinilai, diamalkan dan dijadikan panduan, sama seperti...

Monday, 10 May 2010

SEBAB KITA PERLU BERSYUKUR

Adakah kita ada sebab, mengapa kita perlu bersyukur kepada Allah?Lihat di luar rumah kita. Pepohonan, angin yang bertiup, bunga mengembang, awan biru redup. Kita menatap dan menikmatinya.Lihat di dalam rumah kita. Ibubapa yang menjaga dan menyayangi kita. Adik-beradik yang memeriahkan suasana. Air minuman dan makanan terhidang di atas meja. Adakah kita cipta dan berusaha sendiri untuk mendapatkan segalanya?Lihat ke dalam diri kita. Mata yang berkelip-kelip membaca tulisan ini. Dan akal yang memahaminya. Jantung yang berdegup hingga ke saat ini. Siapakah sebenarnya yang mengawasi segala sistem aturan dalam diri kita sendiri? Suis manakah yang kita tekan pada setiap pagi?Kita hidup dalam nikmat, tetapi sering lupa kepada Dia yang memberikan nikmat...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons