Abu                  Sufyan bin Haris
                
...
bdurrahman                  bin Sabit meriwayatkan, bahawa Sufyan bin Haris adalah saudara                  sesusuan Rasulullah SAW dari seorang wanita yang sama iaitu Halimah                  As-Sa’diyah. Di samping itu dia pun sudah sangat biasa bergaul                  dengan Rasulullah SAW kerana dia memang sebaya dengan baginda.                  
    Ketika                baginda diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, maka Abu Sufyan                pun memusuhinya dengan permusuhan yang tidak pernah dilakukan oleh                seseorang terhadap diri baginda. Dia menyerang Rasulullah SAW begitu                juga dengan sahabat-sahabatnya. Bahkan selama dua puluh tahun dia                menjadi musuh Rasulullah SAW saling serang menyerang dengan kaum                Muslimin.               
    Dalam setiap                kali peperangan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy dengan kaum                Muslimin, Abu Sufyan bin Haris tidak pernah ketinggalan, sehingga                akhirnya Allah SWT berkenan memasukkan sinar Islam dalam lubuk hatinya.                Abu Sufyan bin Haris berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku,                sedangkan kehadiran Islam semakin hari semakin kukuh?” Selepas itu                ia menemui isteri dan anak-anaknya, lalu ia berkata: “Wahai isteri                dan anak-anakku, bersiap-siaplah untuk keluar, kerana Muhammad tidak                lagi akan datang!”               
Anak-anak dan isterinya menjawab:                “Sepatutnya telah terlalu awal lagi engkau menyedari, bahawa orang-orang                Arab bahkan begitu juga orang-orang di luar bangsa Arab telah mengikutinya,                sedangkan kamu sendiri masih tetap memusuhinya. Sepatutnya engkaulah                orang yang pertama sekali membantunya!”               
Kepada pelayannya Abu Sufyan                memerintahkan: “Cepat bawa kemari unta dan kuda!”               
    Setelah                unta dan kuda disiapkan, Abu Sufyan bersama dengan isteri dan anak-anaknya                pun berangkat, hingga akhirnya mereka sampai di Abwa’, sedangkan                pasukan pertama Rasulullah SAW sudah terlebih dahulu sampai di kota                itu. Maka Abu Sufyan pun menyamar kerana takut di bunuh oleh pasukan                Rasulullah SAW dan hanya berjalan kaki kira-kira satu mil.               
    Pada waktu                itu pasukan Rasulullah SAW sudah mulai datang membanjiri kota Abwa’.                Maka Abu Sufyan pun menyingkir kerana merasa takut dengan sahabat-sahabat                baginda. Ketika Rasulullah SAW sudah mulai kelihatan yang sedang                diiringi oleh para rombongan, Abu Sufyan pun segera berdiri di hadapannya.                Ketika baginda melihatnya, ia langsung memalingkan mukanya ke arah                lain. Abu Sufyan pun berpindah tempat ke arah baginda memalingkan                muka. Namun baginda tetap terus memalingkan mukanya ke arah yang                lain pula.               
    Dalam hati                Abu Sufyan berkata: “Sebelum aku sampai kepadanya, mungkin aku akan                mati terbunuh, akan tetapi aku ingat akan kebaikan dan kasih sayangnya,                justeru itulah rasa harapan masih tetap ada dalam hatiku. Dari semenjak                dulu lagi aku berkeyakinan, bahawa Rasulullah berserta para sahabatnya                akan sangat bergembira bila aku masuk Islam, kerana adanya tali                persaudaraanku dengan baginda.”               
    Melihat                Rasulullah SAW berpaling dari Abu Sufyan, maka kaum Muslimin pun                berpaling darinya. Dia melihat putera Abu Quhafah iaitu Abu Bakar                Siddik pun berpaling darinya. Abu Sufyan memandang ke arah Umar                yang sedang bangkit amarahnya, dalam keadaan marah Umar berkata:                “Wahai musuh Allah, kamu adalah orang yang selalu menyakiti Rasulullah                SAW dan para sahabatnya! Bahkan permusuhanmu itu terhadap umat Islam                telah diketahui orang baik yang berada di belahan dunia Timur mahupun                Barat!”               
    Mendengar                ungkapan dari Umar tersebut, maka Abu Sufyan berusaha untuk membela                dirinya. Akan tetapi usahanya itu tidak berhasil, kerana Umar meninggikan                suaranya dan Abu Sufyan merasakan pada saat itu bahawa dirinya sudah                terkepung oleh hutan belukar manusia yang merasa gembira atas apa                yang terjadi pada dirinya.               
Dalam keadaan demikian Abu                Sufyan berkata: “Wahai bapa saudaraku Abbas, dulu aku pernah datang                ke rumahmu serta berharap bahawa Rasulullah SAW akan merasa bergembira                jika aku masuk Islam, kerana antara diriku dengan dirinya ada pertalian                saudara, di samping itu kami keduanya dari kalangan keluarga terhormat.                Akan tetapi kenyataan sebagaimana yang engkau saksikan sendiri wahai                bapa saudaraku, mereka seakan-akan tidak mahu menerima kehadiranku!                Untuk itu aku bermohon kepadamu wahai bapa saudaraku, supaya engkau                berkenan mengajak Muhammad berunding mengenai diriku, sehingga ia                redha terhadapku!”               
Bapa saudaranya menjawab:                “Tidak, demi Allah, setelah aku menyaksikan semuanya ini, sepatah                katapun aku tidak mahu berunding dengannya, kecuali jika ada alasan                yang lebih kuat!”               
Abu Sufyan bertanya: “Wahai                bapa saudaraku, dengan siapa lagi aku harus mengadu?”               
“Pergilah kamu mengadu ke                sana,” jawab bapa saudaranya.               
Kemudian Abu Sufyan menemui                Ali bin Abi Talib serta mengajaknya berbicara. Akan tetapi jawapan                yang diberikan oleh Ali sama saja dengan jawapan bapa saudaranya                Abbas. Sehingga akhirnya ia terpaksa lagi pergi kepada bapa saudaranya                Abbas serta memohon kepadanya: “Aku mohon kepadamu wahai bapa saudaraku,                sudilah kiranya engkau mencegah orang-orang mencaci makiku.”               
Abbas bertanya: “Siapa sebenarnya                orang yang mencaci makimu itu?” 
Abu Sufyan menjelaskan ciri-ciri orangnya: “Dia adalah orang yang berkulit kuning langsat, tubuhnya agak pendek, gemuk dan di antara kedua matanya terdapat bekas luka.
Abu Sufyan menjelaskan ciri-ciri orangnya: “Dia adalah orang yang berkulit kuning langsat, tubuhnya agak pendek, gemuk dan di antara kedua matanya terdapat bekas luka.
Abbas menjawab: “Dia adalah                Nu’aiman bin Haris An-Najjari.”               
Maka Bapa saudaranya Abbas                pun menemuinya dan berkata: “Wahai Nu’aiman, Abu Sufyan adalah anak                dari bapa saudara Rasulullah SAW dan dia juga anak saudaraku sendiri,                walaupun Rasulullah SAW kelihatan tidak menyukainya. Akan tetapi                aku yakin, bahawa masih ada harapan baginya untuk mendapatkan keredhaan                Rasulullah SAW. Oleh kerana itu aku memohon kepadamu supaya kamu                berhenti dari mencaci makinya.               
Mendengar ungkapannya dari                Abbas itu maka Nu’aiman berkata: “Baiklah, aku tidak akan mengganggunya                lagi.”               
    Pada waktu                itu Abu Sufyan sungguh merasa menderita, kerana tidak ada seorangpun                yang mahu menegurnya. Walaupun demikian dia tetap berusaha, setiap                kali Rasulullah SAW singgah di sebuah rumah, ia tetap berada di                depan pintu rumah tersebut. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah                melihatnya dan memalingkan wajah dari dirinya. 
Walaupun dalam keadaan demikian, dia terus tetap berusaha untuk mendapatkan keredhaan dari Rasulullah SAW, sehingga akhirnya dia menyaksikan sendiri Rasulullah SAW bersama dengan pasukan kaum Muslimin lainnya menaklukkan kota Makkah.
Walaupun dalam keadaan demikian, dia terus tetap berusaha untuk mendapatkan keredhaan dari Rasulullah SAW, sehingga akhirnya dia menyaksikan sendiri Rasulullah SAW bersama dengan pasukan kaum Muslimin lainnya menaklukkan kota Makkah.
    Abu Sufyan                tetap terus berada dekat kuda yang ditunggangi oleh Rasulullah SAW                sehingga akhirnya baginda singgah di Abtah. Pada saat itu Rasulullah                SAW memandang Abu Sufyan dengan pandangan yang agak lembut dari                sebelumnya, dan Abu Sufyan mengharapkan mudah-mudahan Rasulullah                mahu senyum kepadanya.               
    Beberapa                kaum wanita dari bani Abdul Mutalib datang menemui baginda yang                diikuti oleh isteri Abu Sufyan. Setelah itu Rasulullah SAW pergi                ke masjid, Abu Sufyan pun tetap setia mengikuti baginda dan tidak                sedikitpun ingin berpisah dengannya.               
    Akhirnya                Rasulullah SAW berangkat menuju Hawazin dan Abu Sufyan pun masih                tetap mengikutinya. Pada waktu terjadinya peperangan melawan musuh,                maka Abu Sufyan pun segera memacu kudanya dengan sebilah pedang                yang terhunus, dan ia bertekad, untuk menebus dosa-dosanya selama                ini, tidak ada jalan lain kecuali ia harus mati dalam memperjuangkan                agama Allah.               
Melihat keadaan demikian,                kepada Rasulullah, Abbas bapa saudara Abu Sufyan bin Haris berkata:                “Wahai Rasulullah, aku bermohon supaya engkau berkenan meredhainya.”                              
Rasulullah SAW bersabda: “Aku                telah meredhainya dan Allah pun telah berkenan mengampunkan segala                kesalahannya dan segala bentuk permusuhan yang dilakukannya kepadaku                selama ini.”               
    Mendengar                ungkapan Rasulullah demikian, maka Abu Sufyan pun segera mencium                kaki Rasulullah yang pada saat itu sedang menunggang kudanya. Maka                pada saat itu Rasulullah SAW menoleh ke arah Abu Sufyan dan bersabda:                “Engkau adalah benar-benar saudaraku!”               
Selepas itu Rasulullah SAW                memerintahkan kepada Abbas agar memerintahkan kepada seluruh pasukan                perang supaya maju ke medan perang dengan kata-kata: “Majulah kamu                dan binasakanlah musuh-musuh itu.”               
    Kerana                telah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Abu Sufyan segera                melaksanakan tugasnya. Cuma dengan hanya sekali serangan saja, para                tentera musuh berlari kucar kacir. Mereka tidak berani membalas                serangan tersebut, sehingga akhirnya Abu Sufyan berhasil mengejar                mereka dan tentera musuh lari sejauh tiga mil.               
    Demikianlah                Abu Sufyan, semenjak dia masuk ke dalam Islam, ia sentiasa taat                beribadah kepada Allah SWT bahkan dalam suatu riwayat pula dikatakan,                bahawa Abu Sufyah tidak pernah mengangkat kepalanya apabila ia berada                di depan Rasulullah SAW. Begitu juga pada waktu ajal akan menjemputnya                ia berpesan: “Jangan engkau menangisi aku, kerana semenjak aku masuk                Islam, aku tidak pernah berbuat dosa.”               
Setelah Rasulullah SAW meninggal                dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan                syairnya:               
                Aku tidak dapat tidur dan malam pun                  susah berakhir 
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.
21:12
 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment