Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu  yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup  auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu  apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat  apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak  kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir  Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah  pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman  Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh  rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka  memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke  belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan  Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian  dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga  Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang  diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31  diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus  melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari  apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai  membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan.  Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA... 
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. 
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai  wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang  sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti  birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda  kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar,  ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).
Jom  kita perhatikan beberapa kesalahan  pemakai tudung hari  ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung  singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu  dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk  tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s:Pada  awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan  masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara  berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang  memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan  rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah  menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Sebagai  saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum  hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di  hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang  ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen  dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca  semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal  dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong  anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan  manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia  dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta  pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang  suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak  bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..
by Mohamad Zameer Bin Zailan on Wednesday, September 29, 2010 at 11:15am 
21:55





 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment