Ada seorang lelaki yang sedang  nazak . Dia mengungkapkan beberapa  perkataan yang sukar difahami oleh orang lain. Katanya ” Alangkah  baiknya jika kalau semua , Alangkah baiknya kalau baru , dan Alangkah  baiknya kalau banyak .”   Sahabatnya tidak memahami maksud kata-kata itu  lantas bertanya Rasullullah saw. Maka baginda pun bersabda :
Yang pertama , semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh  roti yang dimakannya kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan  ikhlas. Kerana separuh roti itu , Allah tunjukkan kepadanya ganjaran  yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata “alangkah baiknya kalau  semua.”
Yang kedua , lelaki ini berjalan di lorong dan bertemu dengan seorang  tua yang kesejukkan. Lantas dia memberikan bajunya yang lama kepada  orangtua itu dengan ikhlas. Allah telah menjanjikan padanya ganjaran  yang baik di syurga kerana sedekah itu. Kerana itulah dia berkata ”  Alangkah baiknya kalau baru.”
Yang ketiga , satu hari lelaki itu pergi ke masjid, dalam perjalanannya,  di hadapannya adalah seorang lelaki tua yang lambat pergerakkannya.  Lelaki ini tidak memintas sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu  sehingga ke masjid dan mengajaknya bersembahyang. Malangnya lelaki tua  itu seorang Yahudi. Lalu lelaki tua itu ke rumahnya. Satu tangannya yang  dipimpin kerana Allah, bakal mendapat ganjaran di syurga. Sebab itulah,  lelaki ini berkata “Alangkah baiknya jika banyak.”
--------------------------------------------------------------------------
Bersempena bulan yang mulia ini, maka marilah kita bersama - sama  berbuat amal kebaikan semoga kita takkan menyesal seperti kisah ini..  tapi, dia menyesal takpe.. at least dia dah dapat atas kebaikan yang  telah dia lakukan.. tapi, kita??
Bersama lah kita muhasabah diri kita.. InsyaAllah kita akan sentiasa di limpah rahmat olehNya..
---------------------------------------------------------
1. Orang yang berpuasa
2. Orang yang memberikan orang lain makan
3. Orang yang menjaga lidahnya
4. Orang yang membaca Al Quran..
yang paling susah nak buat.. adalah menjaga lidah.. :)
Berdoalah.. moga Allah akan ampunkan kesemua dosa kita.. dan, doa yang paling mustajab adalah semasa bersahur..
wallahua'lam..
Moga bermanfaat untuk semua.
22:07

 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment