...
bu                Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan                kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat                ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan                supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak                kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi                kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?” 
Ikrimah pun melangkahkan kakinya                tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.               
Ketika Rasulullah SAW bersama                para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka                kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya                Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau                kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau                berkenan menjamin keselamatannya.”               
Rasulullah SAW menjawab: “Dia                akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri                Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya                dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah.                Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal                tersebut berkata kepadanya: “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”                              
Ikrimah bertanya: “Apakah                yang harus aku ikhlaskan?”               
“Ikhlaskanlah bahawa tidak                ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan                Allah!” Kata pengemudi kapal itu.               
Ikrimah menjawab: “Tidak,                jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”               
Selepas itu datanglah isterinya                dan berkata: “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu                membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling                mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan                menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan                untukmu kepada Rasulullah SAW.”               
Kepada isterinya Ikrimah bertanya:                “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”               
Isterinya menjawab: “Benar,                aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan                jaminan keselamatan atas dirimu.”               
Begitu saja mendengar berita                gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud                untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya                menolaknya sambil berkata: “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang                Muslim.”               
Kepada isterinya Ikrimah berkata:                “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”                              
    Tidak lama                selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang                kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka                Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan                yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai                serbannya.               
    Setelah                bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta                dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata:                “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah                dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”               
Mendengar ucapan Ikrimah itu,                Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali                berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus                aku ucapkan.”               
Rasulullah SAW menjawab: “Ucapkanlah                bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad                adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: “Selepas                itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku                bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan                aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”                Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW                selepas itu baginda bersabda: “Jika sekiranya pada hari ini kamu                meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada                orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”               
Ikrimah berkata: “Aku memohon                kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan                untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan                terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu,                setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor                yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”               
Maka Rasulullah SAW pun berdoa:                “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah                dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan                yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan                cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah                dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”                              
Mendengar doa yang dipohon                oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika                itu juga ia berkata: “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku                tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan                untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda                demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu                aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan                yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang                dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”               
    Demikianlah                keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam                peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah                berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.               
Dalam riwayat yang lain pula                diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga                ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki,                pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: “Jangan kamu lakukan                hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”                              
Ikrimah menjawab: “Kerana                kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah                SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”               
    Ikrimah                tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan                perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat                lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak                panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata: Di antara orang-orang yang                termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah                bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka,                ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka                menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang                dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata:                “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah                keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan                nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.                              
    Dalam riwayat                yang lain pula ditambahkan: “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk                meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya,                ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula,                maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya,                barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat                kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail                berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali                sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah                keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara                mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga                Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”                              
21:13
 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment