Tuesday, 24 April 2012

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama. Semoga BERMANFAAT untuk kita semua... ================================= C1. CABAR Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ... C2. CABUL Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ... C3. CELUPAR Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... C4. COMOT Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah...

Petua Ketika Mengandung Untuk Mendapatkan anak Yang Sihat. .

*Seorang ibu yang sedang mengandung hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai Rahmat dan kasih sayang-Nya. *Sementara suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri khususnya bagi permulaan pertama kerana wanita yang mengandung perlu banyak perhatian. *Perhatian yang lebih itu akan mengembirakan hati isteri dan memberi kesan kepada keadaan anak dalam kandungan. *Tunjukkan rasa gembira dan girang dengan kandungan itu dan banyakkan memberi harapan kepadanya. *Ibu hendaklah sentiasa mengawal perasaan jangan terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau terlalu takut dan perasaan lain yang tidak baik.Serahkan semuanya...

Kisah lima sen ~ insaf

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak...

Monday, 23 April 2012

Toma´ninah

Toma’ninah mesti dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah rukun solat.Rukun solat jika ditinggalkan maka solat itu TIDAH SAH.Rasulullah saw. bersabda, "Allah tidak akan melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (HR Thabrani)Rasulullah saw. bersabda, "Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka ? Rasulullah saw. menjawab: Mereka yang tidak sempurna...

Kisah mayat keluar darah tidak berhenti

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar. Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah...

Sunday, 22 April 2012

Kisah Itik dan Kura - kura

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk...

Cantik ke bonggol~ cam alien pun ade ^_^" hoho

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah; عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ...

♥ SERBAN BAGINDA RASULULLAH ♥

♥ SUBANALLAH..TAK DAPAT LIHAT BAGINDA,MEMADAILAH KITA DAPAT LIHAT SERBAN BAGINDA RASULULLAH ♥ <3Pelindung Kepala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ♥ Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi sewaktu peperangan. . . Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya: . Bentuk Serban Bentuk kopiah atau serban...

Thursday, 19 April 2012

Orang Mukmin yang kuat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”Sum...

Wednesday, 18 April 2012

Bersedia untuk MATI..

Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.Antara persediaan yang boleh dilakukan :- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.- Sediakan wasiat.- Banyakkan amal jariah.- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.- Lunaskan hutang piutang.- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. - Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Rasulullah bersabda maksudnya:...

Monday, 16 April 2012

MOGA REZEKI BUKAN ISTIDRAJ

"Pelaut, sumber rezeki mereka ada di laut. Sebahagian besar ujian hidup mereka pun ada di laut. Kerana lautan adalah kehidupan bagi seorang pelaut."Permintaan wakil peserta GEMS agar dikupas tema REZEKI telah menemukan penyampai dan penerima dengan banyak perkara yang menakjubkan.(Seperti dalam kebanyakan kuliah-kuliah di universiti, majoriti peserta adalah kaum hawa.)Bagi seorang penyampai, judul yang diminta adalah sebuah assignment. Perlu dirujuk kepada sumber berautoriti. Sedaya upaya cuba dihayati. Penyampai memikul tanggungjawab mempelajari dan menghayati sesuatu, lebih berat daripada penerima. Oleh kerana hidup tanpa berkongsi apa-apa adalah kehidupan yang sangat sunyi, maka suka saya kongsikan  sebahagian daripada...

Sunday, 15 April 2012

AMBIL IKTIBAR.....DARI KISAH KAUM NABI LUTH...

Manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi. Dan salah satu fitrah semulajadi itu adalah lelaki berkehendakkan kepada pasangannya iaitu wanita dan sebaliknya. Jika manusia melawan fitrah semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, maka nantikanlah azab dariNya. Di dalam Al-Quran telah dirakamkan sejarah umat terdahulu. Antara sejarahnya adalah kaum Nabi Luth yang mengamalkan amalan homoseksual. Perlakuan ‘gay’ yang telah diamalkan oleh kaum Nabi Luth dahulu telah mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Walaupun telah diutuskan seorang nabi untuk mengajak meraka kembali kepada fitrah, namun mereka masih melawan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT. Nah, satu azab yang dahsyat telah Allah timpakan ke atas...

BERTUAHNYA KAMU JIKA KAMU MENGERTI...

 Wanita oh wanita, Alangkah bertuahnya dikau.. Jalanmu mudah untuk ke syurga.. Taat Allah dan suami Diberi pilihan pintu syurga mana tuk dilalui… 500 tahun dihias di syurga… Ketua para bidadari… 10 ribu kali ganda lebih menawan…. Doamu lebih makbul drpd 70 wali… Wanita oh wanita, Alangkah bertuahnya dikau… Kepayahan mengandung 9bulan 10hari Diberi pahala puasa di siang hari dan solat di malam hari Solat sunat 2 rakaatmu Lebih baik drpd 80 rakaat wanita yg tidak hamil… Keperitan tatkala melahirkan Diberi pahala 70 tahun ibadat solat dan puasa sunat Setiap urat yg putus Diberi ganjaran…. Setiap kesakitan diberi pahala haji.. Nyawa melayang Dikira syahid!! Wanita oh wanita, Bertuahnya dikau… tutup aurat dgn sempurna Allah sendiri ziarahmu...

Macam Mana Nak Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami?

Kali ini kita akan berbincang bagaimana anda sebagai seorang isteri menghilangkan rasa curiga di dalam hati terhadap suami anda. Soalan ini ditanya oleh seorang pembaca blog ini, InsyaAllah saya akan cuba memberikan pandangan terbaik. Selain itu, saya harap para pembaca blog ini juga memberikan sedikit pandangan dan idea bernas yang boleh sama-sama kita manfaatkan!Soalannya,Macam mana hilangkan ragu2 hati ni pada suami…dengan keadaan sekarang ni dan rakan sekerja lelaki yang mempunyai hubungan lain luar rumah buatkan saya rasa curiga pada suami sendiri…Beginilah soalan yang dikemukan kepada saya, mungkin ia tidak begitu terperinci, tetapi rasanya ia sudah memadai untuk kita faham kerisauan orang yang bertanya..sebelum menjawab saya...

Akhlak bunga diri..

...

Gangguan ketika melakukan solat

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa. 2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat. Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons