Sunday, 4 December 2016

QUNUT DI LUAR SOLAT?

🔴Soalan :Assalamualaikum.Ustazah, saya ingin bertanya tentang Qunut Nazilah. Bolehkah kita membacanya di luar solat?🔴Jawapan :Waalaikumussalam.Apabila dibaca di luar solat, ia TIDAK lagi dinamakan Qunut Nazilah. Qunut  Nazilah disyariatkan dibaca dalam solat FARDHU.Perbahasan tentang qunut ini agak panjang, namun kita cuba ringkaskan dengan menyentuh perkara asas.📌1. Ilmu Agama Ada Disiplinnya🔸Setiap ilmu ada disiplinnya, apatah lagi ilmu agama. 🔸Apabila kita belajar ilmu hadith contohnya, perkara penting yang mesti kita pelajari ialah istilah-istilah dalam ilmu hadith. Kita mesti tahu apa itu hadith sahih, apa makna hadith thabit, apa itu hadith palsu, apa bahaya dan dosa menyebarkan hadith palsu dan ciri-ciri hadith palsu yang...

Monday, 21 November 2016

WUDHU' ORANG ISTIHADAH (MUSTAHADAH)

Assalamualaikum.Adakah orang daimul hadath boleh solat jama' Zuhur dan Asar dengan satu wudhu'?Dari segi niat, adakah orang daimul hadath perlu niat untuk mengangkat hadath kecil, ataupun perlu niat berwudhu' untuk mengharuskan solat?Mohon pencerahan.Waalaikumussalam.Ada dua masalah berbeza di sini. Niat wudhu' dan wudhu' orang daimul hadath. 🔴1. Niat Wudhu'🔸Orang yang sudah ada masalah, sepatutnya diberi pandangan yang mudah dalam fiqh. Apatah lagi dalam bab niat wudhu'.Niat sebenarnya sangat mudah, sehingga tiada perincian khusus tentang niat daripada Nabi saw. Maka, Fiqh Sunnah membantu dalam masalah ini.🔸Syeikh Abdul Rahman Nasir al-Sa'di, pengarang kitab Bahjah Qulub al-Abrar membahagikan niat kepada dua. Pertama ialah نية العمل iaitu niat amalan dan kedua ialah نية المعمول له...

Friday, 7 October 2016

HUTANG SOLAT DHUHA?

Assalamualaikum.Soalan :Benarkah kita ada hutang solat Dhuha yang perlu dibayar? Saya acapkali meninggalkan solat Dhuha, adakah saya dikira berhutang dengan Allah swt?Adakah saya dikira terlepas daripada hutang Dhuha dengan melakukan amar ma'ruf, iaitu dengan mengingatkan orang lain tentang hutang Solat Dhuha?JAWAPAN :Adalah sunat mengerjakan solat Dhuha, dan menggalakkan orang melakukannya termasuk dalam perkara الأمر بالمعروف. Amar ma'ruf pula dikira sebagai salah satu bentuk sedekah.Namun, orang yang tidak menunaikan Solat Sunat Dhuha tidaklah dikira berhutang dengan Allah swt. Kita perlu merujuk syarah hadith yang mu'tabar untuk memahami hadith dengan betul. Dalam bab ini, ada beberapa hadith yang berkaitan antara satu sama lain. Antaranya ialah :Pertama :.فِى الإِنْسَانِ ثَلاَثُمِائَةٍ...

Monday, 5 September 2016

BOLEHKAH MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?

BOLEHKAH MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA?Jawapan :1. Asas dalam perkara ini ialah ibadat korban hukumnya sunat muakkad(ah) bagi orang masih hidup, bukan orang yang sudah meninggal dunia. 2. Ada dua perkara yg berbeza dalam hal ini.a.  Adakah boleh kita orang hidup buat korban bagi pihak si mati. (Seperti buatkan ibadat haji bagi pihak si mati).b.  Adakah boleh kita yang hidup buat ibadat korban, tetapi niatkan pahala itu untuk ahli keluarga yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.Bagi bentuk yang pertama, jikalau dibuat juga oleh warisnya yang masih hidup, Mazhab Syafii kata tidak sah, kecuali jika si mati pernah berwasiat menyuruh demikian. Mazhab Maliki pula mengatakan makruh.Bentuk kedua lebih menepati sunnah, iaitu tidak perlu dikhususkan...

Monday, 18 July 2016

MENCARI KEBENARAN DALAM PERSELISIHAN

Ada beberapa syarat utama jikalau kita serius hendak membuat pencarian ilmu dan berbahas secara ilmiyyah dalam mencari kebenaran.1. Syarat pertama, amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw :Dibaca dan dipohon kepada ALLAH sebagai doa iftitah dalam rakaat pertama solat pembukaan qiyamullail.Kita guru agama yang diberi amanah oleh Allah untuk menyampaikan kebenaran, sama ada bergaji ataupun tidak. Perselisihan dalam umat Islam ini banyak, maka jalan yang lurus itu mesti kita selalu pohon daripadaNya. 2. Membaca isti'adhah setiap kali hendak membaca ayat al-Quran, supaya kita tidak diganggu oleh syaitan yang mungkin memesongkan kita kepada pemahaman yang tidak benar, ataupun melalaikan kita daripada maknanya yang benar.3. Menguasai...

Saturday, 16 July 2016

BAHAYA HADITH PALSU

KERTAS KERJA SEMINAR CELIK HADITH27 MEI 2016Berikut adalah Kertas Kerja - Bahaya Hadith Palsu Terhadap Akidah, Syariat Dan Akhlak yang telah dibentangkan pada 27 Mei 2016 yang lalu.https://drive.google.com/file/d/0B4Y2iv5Egk1tdUR5bzV4WGRCTmc/view?usp=shar...

Saturday, 25 June 2016

PERLUKAH BERDIRI DAN TAKBIR UNTUK SUJUD TILAWAH DI LUAR SOLAT?

Soalan :Dalam bulan Ramadhan, kita banyak membaca al-Quran. Apabila kita sampai kepada ayat al-sajdah, kita disunatkan sujud tilawah. Demikian juga dalam bulan-bulan lain apabila kita membaca al-Quran dan sampai kepada ayat al-sajdah.1. Adakah kita perlu berdiri seperti hendak solat dan mengangkat takbir sebelum sujud?Ataupun kita boleh sujud terus tanpa mengangkat tangan dan menyebut الله أكبر sebelum sujud?2. Adakah kita perlu menutup aurat sepenuhnya seperti dalam solat untuk melakukan sujud tilawah. Adakah wanita berpakaian biasa tanpa telekung boleh sujud tilawah?Jawapan :Para ulama' mu'tabar membahaskan secara panjang lebar tentang persoalan Sujud Tilawah. Imam Bukhari membuat bab khusus dalam Sahih Bukhari iaitu Abwab Sujud al-Quran.🔴...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons