
Soalan : Adakah benar kita wajib bermaafan sebelum tibanya Ramadhan? Terdapat hadith yang disebarkan iaitu malaikat berdoa agar Allah abaikan puasa orang yang tidak bermaafan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Jawapan :🔸Tidak benar.Bunyi 'hadith' tersebut seperti hadith 'Melayu', bukan hadith Nabi Muhammad saw.Entah siapa pengarang asalnya. 🔸Memohon maaf itu baik, boleh dilakukan sepanjang masa. Malah, jika kita melakukan kezaliman terhadap seseorang, memohon maaf wajib dilakukan dengan segera tanpa menunggu menjelang Ramadhan.Manakala mencipta sendiri 'hadith' lalu menyandarkan perkataan rekaan itu atas nama Rasulullah saw adalah dosa besar, menempah neraka.Diletakkan pula 'sahih', disertakan pula nama ulama' dan nama...