Wednesday, 21 November 2018

وإلى ربك فارغب

Kalaulah bukan kerana tingginya cita-cita, alangkah sempitnya hidup i...

Wednesday, 19 September 2018

POLEMIK HARI 'ASYURA'

🔴Kita menerima banyak persoalan tentang hari ‘Asyura’, termasuk dikirimkan juga tulisan-tulisan daripada Syiah serta riwayat-riwayat palsu tentang amalan-amalan sempena hari ‘Asyura’.🔴Tidak berkesempatan menulis dan menjawab panjang, cuma dinasihatkan agar kita semua ingat 5 poin ringkas ini :📌1.  Puasa hari ‘Asyura’ itu sunnah. Ini berdasarkan hadith yang sahih :صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُNabi Muhammad saw bersabda, maksudnya :"Puasa hari 'Arafah aku harapkan agar Allah ampunkan dosa tahun sebelum dan tahun selepasnya, dan puasa 'Asyurā' aku...

Saturday, 15 September 2018

FIQH AL-WAQI’ (1)

Assalamualaikum.🔴Fiqh al-Waqi’ sebenarnya tidak boleh difahami selagi mana kita tidak memahami fiqh-fiqh asas seperti Fiqh al-Ibadat, Fiqh Perbandingan, Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah dan juga Fiqh al-Awlawiyyat. Tidak mungkin seseorang boleh ‘membaca realiti’ masyarakat dengan perspektif yang baik dan benar, sedangkan dia belum memahami perkara yang asas. ‘Membaca realiti’ bergantung kepada kualiti lensa yang digunakan dan juga kadar pencahayaan yang mencukupi. Lebih dahulu daripada itu, seperti dalam memahami apa-apa fiqh sekalipun, ia memerlukan niat yang ikhlas. 🔴Memahami bab poligami mesti kembali kepada asas ayat al-Quran (Al-Nisa’ ayat 3) iaitu jika tidak mampu berlaku adil, ataupun takut tidak berlaku adil, hendaklah berkahwin...

Thursday, 6 September 2018

MENGHAYATI ERTI TAUHID ULUHIYYAH

⭕️Assalamualaikum ustazah dan sahabat semua. Saya ada soalan berkenaan Tauhid Uluhiyyah. Sebagai muslim kita wajib melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, barulah kita telah ada Tauhid Uluhiyyah, betul begitu, ustazah? Bagaimana jika kita melakukan perkara yang Allah larang? Adakah rosak iman kita ? Terima kasih.⭕️Waalaikumussalam.🔴 Soalan yang baik sebahagian daripada ilmu. حسن السؤال نصف العلمSoalan baik terbit daripada niat yang baik, biasanya akan membuahkan banyak manfaat kepada orang lain.  Sebenarnya ramai orang mempunyai persoalan yang sama namun tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya.🔴 Tauhid Uluhiyyah bermakna kita MEYAKINI bahawa Allah adalah Tuhan Ilaah, iaitu Tuhan yang...

Wednesday, 29 August 2018

KEPENTINGAN MENGHAYATI DOA AL-MA’THURAAT : PENGHULU ISTIGHFAR

🔴1. Al-ma’thurat adalah zikir-zikir dan doa-doa, daripada al-Quran dan hadith nabi saw.Al-ma’thurat disusun berdasarkan zikir dan doa-doa yang dianjurkan oleh nabi saw. Setiap doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw ada khasiat dan kelebihan sendiri. Tidak sama nilainya dengan doa karangan kita sendiri.🔴2. Doa mesti dihayati. Memohon sesuatu kepada Allah tanpa memahami apa yang kita minta umpama menulis surat permohonan kepada seseorang tetapi tidak tahu apa yang kita mohon dalam surat itu.Doa yang dihayati lebih mudah dikabulkan Allah. Kita hamba yang lemah dan banyak dosa, mesti berdoa kepadaNya dengan penuh harap, bukan secara sambil lewa ataupun main-main.Doa adalah ibadah. Oleh itu,  memohon kepada selain daripada Allah,...

Monday, 20 August 2018

KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ‘ARAFAH

🔴SOALAN Benarkah puasa Hari ‘Arafah boleh menghapuskan dosa selama 2 tahun? 🔴JAWAPAN RINGKAS 📌Dimaklumi bahawa ada sedikit polemik di kalangan para ulama’ dalam membicarakan  hadith kelebihan puasa ‘Arafah.📌Ringkasnya, langgam bahasa Nabi Muhammad saw dalam hadith kelebihan puasa Hari Arafah tidak sama dengan langgam bahasa baginda saw dalam  hadith kelebihan puasa Ramadhan.Perhatikan nada pasti dalam hadith kelebihan puasa Ramadhan :من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.Makaudnya :“Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Sawm Ramadan Ihtisaban min al-Iman)Manakala dalam hadith  tentang kelebihan puasa ‘Arafah, nada baginda saw berbeza...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons