
Assalamualaikum.Mohon pencerahan ustazah tentang malam-malam mustajab doa ini, adakah ia sahih :Waalaikumussalam.Ini hadith palsu.Hadith yang sahih menyatakan bahawa setiap 1/3 akhir malam adalah masa mustajab doa. Sabda Nabi Muhammad saw :ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول : من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطيه .من يستغفرني فأغفر لهMaksudnya :"Tuhan kita yang Maha Mulia dan Maha Tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, ketika malam tinggal 1/3 terakhir. Tuhan berkata : Sesiapa berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan doanya. Sesiapa meminta kepadaKu, akan Aku berikan permintaannya. Sesiapa memohon keampunan dariKu, akan Aku ampunkan dia."(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tahajjud,...