
❓Soalan 1 : Adakah kita boleh mengulangi solat Witir selepas solat tahajjud sedangkan kita sudah solat witir selepas solat Tarawih?❓Soalan 2 :Adakah kita perlu genapkan witir yang telah dilakukan selepas tarawih (untuk batalkan solat witir sebelum) kemudian solat sunat-sunat lain dua-dua rakaat, baru boleh diakhiri dengan witir semula?❓Soalan 3 :Saya sudah biasa mengerjakan solat Witir pada akhir malam sebelum tiba bulan Ramadhan. Adakah saya perlu solat Witir awal bila tiba bulan Ramadhan?🔴 Jawapan :🔸Setiap soalan ada latar belakang dan sebabnya. Perbincangan solat Witir panjang dibahaskan dalam kitab-kitab fiqh dan hadith, maka kita ringkaskan bagi menjawab 3 persoalan di atas.🔸Menjalani ibadah sepanjang Ramadhan, baik siang ataupun...