"Di kala langit Mekah dan Arafah menangis
manusia pula sedang ketawa
Kemuncak Arafah adalah mempersembahkan
airmata keinsafan dan rayuan hati suci seorang hamba
Allah tidak memerlukan kita
namun kita mendambakan kasih sayangNya
Airmata Arafah akan menjadi bekalan
untuk mendinginkan tekanan mahsyar
dan meredakan kehangatan neraka Tuhan
Haji mabrur akan lahir dari jiwa bersih
hadiah mutlak Allah buat hambaNya yang ikhlas.”
Gambar : Mendengar Khutbah Arafah, 9 Dulhijjah 1430H
Mengamati bait kata - kata sahabat ini, membuatkan hati semakin sayu.. mengenangkan kami juga pernah di beri peluang dan ruang untuk berada di sana.. iaitu di Padang Arafah.. di mana satu - satunya tempat yang paling mustajab doa kita.. kerana di situ lah Allah akan turun ke langit yang terendah untuk bertemu dan menyaksikan hamba - hambaNya yang ingin berjumpa dengan Nya, mendengar segala doa dan permohonan hambaNya, dan memakbulkan segala doa - doa mereka.... Malah, Allah memuji kepada hambaNya yang datang berwukuf di Arafah, sebagaimana dalam satu hadis :Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku".(Riwayat Ahmad)
Pada hari ini, 9 Zulhijjah 1431H, sekali lagi umat Islam yang mengerjakan haji akan berkumpul di Padang Arafah bagi melaksanakan rukun wajib dalam Ibadah Haji, dan dengan penuh kesabaran juga.. menanti detik dan waktu kemuncak tibanya waktu wukuf..
Setahun berlalu bagi kami, namun segalanya masih terpahat di sanubari kami.. segala permohonan kami.. segala doa dan permintaan kami.. segala rasa kehambaan kami.. kami luahkan, dan kami nyatakan kepadaNya agar segalanya akan di dengari olehNya Yang Esa dan di makbulkan oleh Nya..
Dosa yang kami bawa, kejahilan yang menapak di dalam diri.. mengharapkan semoga ianya akan di 'bersihkan' oleh Nya.. pengharapan yang tidak pernah pudar.. dan, sentiasa mengharapkan Haji Mabrur juga akan menjadi milik kami.. moga 'hari istimewa' yang kami lalui ini menjadi saksi kami di akhirat kelak..
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Air mata keinsafan akan mengalir dan mengalir.. tanpa di suruh, tanpa di paksa.. kerana sedar.. hidup kita ini hanyalah sementara sahaja.. dan, menginsafi diri yang sentiasa di selubungi dengan dosa ini..
Moga benarlah.. airmata Arafah inilah yang akan menjadi bekalan bagi kami dan semua mereka yang lain bagi mendinginkan tekanan di padang mahsyar nanti.. dan, meredakan kehangatan dan kepanasan neraka Allah kelak...
Bagi semua sahabat yang pernah mengerjakan haji.. doa ummi ..
Semoga Hadiah Mutlak dari Allah telah pun menjadi milik kita..
dan di doakan juga, semoga Haji yang mabrur juga akan di kecapi oleh mereka yang berada di Padang Arafah pada hari ini..
Ameen Ya Allah.. Ameen Ya Rahman.. Ameen.. Ya Rahim..
0 comments:
Post a Comment