Wednesday, 29 September 2010

Cukuplah Allah bagiku...jangan bersedih lagi...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan...

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden

Peringatan buat semua.. Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi...

Tuesday, 28 September 2010

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi

Sedikit demi sedikit, terhurai kekusutan yang bermain di minda. Semoga perkongsian yang di lampirkan kali ini memberikan maklumat kepada semua, tentang kepentingan yang perlu kita perhatikan dan lakukan secepat mungkin. Ingatlah.. dan peringatan untuk diri sendiri juga.. bahawa kita sudahpun berada di akhir zaman..Benarlah, sukan seperti berkuda, berenang dan memanah menjadi aktiviti sunnah Nabi, kerana ada hikmah di sebaliknya. Ummi pohon kepadaNya, sekiranya umur masih di kandung badan tatkala terjadinya peperangan antara orang Islam dan orang kafir, moga kami sekeluarga adalah antara pejuang yang berpihak kepada Nabi Isa dan Imam Mahdi memerangi al Masih Dajjal.. Amin Ya Allah..Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah...

Saintis BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH LAUT

Menjadi kebiasaan, tatkala ke rumah mak, suka membelek akhbar yang telah di beli oleh pok. Sudah ralit sangat dengan berita yang terdapat dada akhbar, tentang gejala sosial, gossip, kahwin cerai dan tidak terkecuali tentang kemalangan.Kekadang, berita seperti itu, tidak berapa menarik minat ummi untuk membacanya, terutamanya bab gossip, kawin dan cerai. Sekadar membelek dan suka melihat gelagat kehidupan manusia sekarang yang seakan tidak tahu punca hidup ini.. Moga Allah lindungi diri ummi dan keluarga.. Amin..Berbanding akhbar Metro, ummi lebih gemar membaca Kosmo kerana tidak banyak sangat mengenai gossip yang diselitkan. Ada juga info yang boleh di kutip. Dan, ada satu berita tentang pembuktian saintis mengenai Nabi Musa Membelah Laut itu,...

Semoga taubatnya di terima..Amin..

Untuk renungan bersama ......Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya...

Sebuah Cinta Abadi yang pernah ada di Bumi.

Sekian ratus tahun yang lalu…Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang istri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya sang suami pulang larut malam. Sang istri bingung…. hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Sang suami tercinta belum juga datang.  Tak berapa lama kemudian….seorang laki-laki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Laki-laki ini adalah suami dari sang istri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya,...

Bukti kematian, suatu kepastian..

Allah SWT telah berfirman:كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ“Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan), tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukannya.” (An-Nahl: 61)وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah datang ajal/waktunya.”...

Monday, 27 September 2010

Hadis mengenai kisah Tamim ad-Dari yang memasuki sebuah danau dan bertemu dengan Dajjal

Baru sahaja ummi posting tentang sebuah buku yang menceritakan tentang Dajjal. Harini dapat email dari abah, yang juga tentang kisah yang berkaitan. Suka ummi lampirkan di sini sebagai pembacaan semua, dan sekiranya anda penggemar Filem King Kong, pasti petikan hadis ini akan membuatkan anda berfikir.. yelah, filem yang di arah oleh Peter Jackson ini sebenarnya diadaptasikan hadis ini sebenarnya. ----------------------------------Dari Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang...

Membongkar Misteri Dajjal

Budaya membaca sememangnya sangat bagus di terapkan ke dalam institusi kekeluargaan. Dalam keluarga kami, individu yang paling tepat di katakan sebagai "Ulat Buku", tidak lain selain daripada Abah.Setiap kali ke kedai buku, akan ada buku yang akan dibeli sekiranya buku itu menarik perhatianya. Berbeza dengan ummi, yang mana ummi agak liat untuk membaca buku, malas untuk tekun memegang buku, membelek satu persatu helaian yang ingin di baca. Dari posisi duduk, sehinggalah ke baring dan akhirnya bukan kita yang baca buku, tetapi buku yang baca kita.. sebab tuannya sudah pun nyenyak tidur.Memang susah untuk ummi habiskan sesebuah buku, hanya kerana sebab tadi lah. Tidak ada disiplin untuk membaca sesebuah buku itu sehingga habis. Bagi ummi, lebih...

Sunday, 26 September 2010

SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA

SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIADr Mohd Asri Zainul AbidinKetika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit.Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.Di sebabkan...

Malaysia bantu atasi Islamophobia

NEW YORK - Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama semasa mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York kelmarin.Malah Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika...

Saturday, 25 September 2010

Alangkah baiknya jika kalau semua , Alangkah baiknya kalau baru , dan Alangkah baiknya kalau banyak

Ada seorang lelaki yang sedang nazak . Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang sukar difahami oleh orang lain. Katanya ” Alangkah baiknya jika kalau semua , Alangkah baiknya kalau baru , dan Alangkah baiknya kalau banyak .” Sahabatnya tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya Rasullullah saw. Maka baginda pun bersabda :Yang pertama , semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh roti yang dimakannya kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh roti itu , Allah tunjukkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia berkata “alangkah baiknya kalau semua.”Yang kedua , lelaki ini berjalan di lorong dan bertemu dengan seorang tua yang kesejukkan. Lantas dia memberikan bajunya...

Manakan mampu ku menjadi sepertimu; Uwais Al-Qarni

Pada zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapaknya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai sanak family sama sekali.Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Bila ada kelebihan, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais Al-Qarni setiap hari.Uwais Al-Qarni terkenal...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons