Sunday, 31 October 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami .....

Assalamualaikum semua.Ada satu artikel menarik yang ummi nak kongsikan dengan semua hari ini. InsyaAllah untuk kebaikan bersama dan di samping dapat kita membetuli segala kesilapan yang mungkin pernah kita lakukan sebelum ini. InsyaAllah..Artikel ini adalah berkenaan "Hukum Isteri Meleteri Suami ......"Semoga selepas ini, kita masing - masing akan mengoreksi diri dan memperbetulkan segala niat kita.. segala susah payah kita, jerit perih kita, jangan kita lupa.. ada ganjaran yang sedang menanti.. oleh itu, janganlah kita berkeluh kesah dengan segala ujian, dugaan dan cabaran dalam menempuhi alam rumah tangga kita kerana itu adalah sebahagian dari rencah kehidupan..Manakala, sabar menghadapi karenah anak - anak yang sekarang yang semakin nakal,...

Saturday, 30 October 2010

Kuasa Besar Di Sebalik Tabir IFF

Sedutan www.islamicfashionfestival.com.myBukan hanya di Dubai seperti paparan di atas, penyebaran konsep asing ini di atas nama Islam tidak berlaku sekadar di peringkat akar umbi masyarakat malah didukung oleh sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai Islamic Fashion Festival (IFF). Penganjur kepada Festival Fesyen Islam di peringkat antarabangsa ini ditubuhkan pada tahun 2006 dengan warga Malaysia menjadi tulang belakang utamanya, dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penaung utamanya.Gagasan ini mahu menyebarkan satu rujukan budaya dan visual yang mahu memperlihatkan bagaimana Islam boleh dimesrakan dengan dunia moden semasa serta memperbaiki imej Islam yang tercalar oleh keganasan di sana sini. Amat malang sekali...

Thursday, 28 October 2010

7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya di Akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya...

Tuesday, 26 October 2010

Ulama Muda PAS Pula Nasihat Ulama muda Umno..

IFF dikritik banyak pihak. Antara yang lantang mengkritik ialah Pemuda PAS. Mereka kritik melalui ucapan, tulisan dan demo. Ulama muda UMNO nasihat PAS, kalau nak nasihat tu biarlah beradab. Istilah popular yang sering ditujukan kepada PAS yang orang PAS dah tak larat nak denagar dan baca ialah "Tarik tangan pemimpin untuk dinasihati."Semalam, ulama muda PAS, iaitu ketua Pemudanya Ust Nasrudin Hasan pula menasihati ulama muda UMNO supaya sepatutnya dia menasihati pembesar dan pemerintah bukan mengipas mereka.. Saya dan kita semua sebagai umat Islam sepatutnya amat berterimakasih kepada NGO-NGO yang menimbulkan isu ini , menjelaskan dan membantahnya.  Termasuk juga isu-isu lain seperti isu iklan raya TV3 santa claus pak haji yang...

Lebih Banyak Kelab Malam & Spa: Ulama Muda UMNO Perlu Tarik Tangan Pemimpin

Entah betul. Entah tidak apa yang malaysiakini laporkan semalam berkenaan pentadbiran PM sekarang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub pusat hiburan malam. Kata artikel berkenaan, ini untuk memacu industri pelancungan berdasarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).Apa itu Program Transformasi Ekonomi? Bunyi macam Transformer saja. Tak kisahlah, transformer kah, iron man kah, superman kah, yang penting orang kampung yang celik IT macam saya ni, ada macam yang tak sedap sikit bunyinya pada artikel berkenaan.Hub pusat hiburan?Yang betul!?Tak tahulah betulkah atau tidak, yang pasti Adam Lambert seorang 'gay' itupun dengan penuh selambanya dilepaskan dan diizinkan untuk membuat persembahan di negara ini sekalipun NGO-NGO Islam membantahnya.Saya...

'The Dead Sea Scroll' berada di online

Sebelum pulang semalam, sempat membelek The Star yang di langgan di pejabat. Terjumpa satu artikel yang berkaitan dengan Dead Sea Scrolls.. tertarik untuk scan dan masukkan dalam posting kerana ia merupakan salah satu artifak sejarah yang sangat bernilai.Kenapa ummi katakan ianya sangat bernilai?...Sebelum ini, ummi juga kurang berminat dengan bahan sejarah ini, tetapi selepas membaca buku  Membongkar Misteri Dajjal, sedar bahawasanya bahan sejarah ini mengandungi maklumat penting untuk kita perhatikan bersama - sama tentang peringatan dari Nabi terdahulu tentang fitnah Al Masih Dajjal di akhir zaman...Memetik apa yang di nyatakan dalam buku tersebut tentang bahan sejarah ini :"Sejauh perjalanan dari Nabi Nuh as dan turun kepada para Nabi...

Mengapa dibuka luas LORONG NAFSU itu?

Kita boleh nilai sendiri, siapakah pemimpin yang kita INGIN pilih sebagai Driver kita di akhirat kelak.. semuanya bergantung kepada pilihan kita.. tepuk dada, tanyalah IMAN kita.. siapakah yang akan sebenarnya menjurus kan diri kita ke SYURGA?.. dan siapakah yang sebalikNYA?.. fikir - fikirkan lah..Bukalah hati, suluh lah jiwa.. pasti dirimu akan JUMPA yang HAKIKI.. InsyaAllah..Banyakkan taubat dengan Allah, dan moga Allah berikan kita hidayah..Jangan lari dari perjuangan.. dan sentiasalah bergaul dengan orang - orang yang beriman.. Moga kita akan mendapat tempias BAU WANGI itu.. bukannya PERCIKAN API yang kita rasai.. Ameen..Memetik kata - kata Ust Zaharuddin berkenaan hal ini (ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina ...

Monday, 25 October 2010

Abdullah Ibn Umar

Abdullah ibn Umar (Arab: عبدالله بن عمر بن الخطاب‎) adalah anak kepada sahabat Nabi yang terkenal juga Khulafa al-Rasyidin kedua iaitu Umar Al-Khattab. Nama penuh beliau ialah Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Umar Ibn al-Khattab al-'Adawi. Di lahirkan di Makkah selepas Rasulullah diutuskan sebagai Rasul. Memeluk Islam ketika masih kecil dan menyertai Hijrah bersama ayah dan ibunya, Zainab binti Maz'un.Masih dianggap kecil dalam peperangan Uhud iaitu usianya 14 tahunDan diizinkan menyertai peperangan Khandak ketika usianya melebihi 14tahun. Seterusnya menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.  Beliau banyak mengambil ilmu daripada persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w., di samping mulazamah di masjid dan menghafaz Al-Quran.Salah...

Sunday, 24 October 2010

Ulama Muda Umno Keliru ~ Ust Nasaruddin Tantawy

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawy menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat."Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri. Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat. Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.Tambahnya...

Rasulullah Menangis di padang mahsyar..

Hayatilah.. pasti dirimu akan menangis mengenangkan INSAN MULIA ini.. tiada manusia sesempurna nya, Hanya DIA, pemimpin yang begitu menyanyangi umatnya.. semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang cintakan Nabi Muhammad dan akan mendapat Syafaatnya di akhirat kelak.. Ameen.. Ya Rabbal Alamin.....

Saturday, 23 October 2010

Fahami tahap DARURAT untuk dapatkan zuriat BERKAT..

Mendapat zuriat merupakan suatu proses yang sangat mengembirakan bagi setiap ibubapa, terutamanya bagi mereka yang pertama kali melaluinya. Namun begitu, sejauh manakah di kalangan kita yang memahami batas aurat yang perlu di jaga oleh si isteri sewaktu proses menyambut kelahiran yang suci itu?.Adakah kita tergolong di kalangan ibubapa yang masih tidak 'kisah' dengan aurat yang terdedah pada mereka yang bukan muhrim, lantaran kesilapan memahami konsep darurat itu sendiri?.Ingin ummi kongsikan dengan semua, bagaimana kah konsep Darurat yang sebenarnya, dan apa yang perlu kita lakukan, lebih - lebih lagi sewaktu ingin menerima kelahiran cahayamata yang suci bersih itu. Moga perkongsian yang ummi dapat dari blog kak As ini dapat di manfaatkan...

Thursday, 21 October 2010

Imam Malik bin Anas

Ummi baru sahaja melanggan majalah solusi dari Telaga Biru, dan mungkin edisi yang akan datang, barulah ia akan sampai ke tangan ummi. Alhamdulillah, setelah banyak kali meneliti isi kandungannya, amat berpuas hati dan merasakan ia memang patut berada dalam simpanan ummi. Moga perbelanjaan ummi kepada perkara yang bermanfaat ini akan mendapat berkat dariNya.. Amin.JIKA SEMUA GOLONGAN YG ALIM BERSIKAP SEPERTI MALIK RA adalah antara kandungan yang terdapat di dalam Majalah Solusi di bawah Kolum Ustaz Umar M Nur hafizahulLah, dan petikan ini ummi dapat dari fb Ust Zahazan yang merupakan salah seorang ustaz rujukan bagi majalah ini.-------------------------------------------------- Sebagai tokoh rujukan umat Islam, nama Imam Malik bin Anas...

Festival busana : PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.“DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.“Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober...

Wednesday, 20 October 2010

Amalan-amalan Khurafat di Kalangan Jemaah Haji dan Panduan Menghindarinya

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron DinMengunjungi Baitullah untuk menyempurnakan pekerjaan haji menjadi suatu cita-cita murni yang sepatutnya wujud pada tiap-tiap diri umat Islam. Pada kelazimannya orang yang belum lagi hendak melaksanakan kewajipan tersebut, mereka tidak sangat bersedia dengan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk ibadat tersebut. Apabila hampir dengan waktunya barulah secara bergopoh-gapah mempelajarinya mengikut kemampuan yang ada padanya.Banyak umat Islam yang kurang bersedia dari segi ilmu pengetahuan untuk mengerjakan haji, malah ada yang tidak memahami walaupun perkara-perkara yang asas, akibatnya apabila mereka mengerjakan ibadat tersebut, terjadilah perlanggaran hukum yang boleh mencacatkan kesempurnaan ibadat...

Sunday, 17 October 2010

Sokongan kuat isteri antara pendorong kejayaan Maher Zain

Artikel ni, ummi dapat dari blog kegemaran ummi, iaitu Keluargaku Sayang yang telah banyak memberikan input - input berguna sebagai panduan hidup ini. InsyaAllah. Semoga anda juga sudi2 kan berkunjung ke laman webnya juga bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat bermanfaat untuk semua.Kali ini, ummi sangat tertarik untuk 'menyimpan' cerita yang di petik oleh kak chik dari harian metro baru - baru ini. Suka untuk menyimpannya kerana ia melambangkan suatu penghargaan yang sangat besar buat insan yang bergelar isteri. Ini kerana dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari isteri lah, antara penyebab Maher Zain dapat berjaya sehingga ke hari ini.Walaupun tidak didedahkan dan dipublisitikan siapakah isteri nya, namun ummi percaya isterinya...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons