Hari ini saya bawakan anda SATU berita penting yang akan perlahan-lahan membuktikan bahawa segala kajian pendapat saya bentangkan selama ini menerusi nota-nota saya semua itu,sedang menjadi kenyataan dan sedang merebak ke seluruh dunia, BEKALAN ELEKTRIK TERBUKTI PERLAHAN-LAHAN TIADA…
Virus komputer dikenali Stuxnet menjangkiti kira-kira 30,000 komputer di Iran tetapi ‘gagal menyebabkan kerosakan serius’, lapor media tempatan yang memetik pegawai kerajaan.Akhbar Iran Daily memetik kenyataan Ketua Majlis Teknologi Maklumat di Kementerian Perindustrian Iran, Mahmoud Liayi, sebagai berkata Stuxnet menyerang 30,000 alamat protokol Internet (IP) setakat ini.Stuxnet dikenal pasti Jun lalu dan dicipta untuk sistem kawal selia dan perolehan data Siemens yang biasanya digunakan untuk mengurus bekalan air, telaga minyak, stesen jana kuasa dan kemudahan perindustrian lain.Sekiranya anda perasan,hampir semua kenyataan saya sebelum ini, berkenaan ketibaan 3 Al-Masih dengan tanda-tanda alam sekitar yang bakal terjadi, dan sedang terjadi,telah benar-benar berlaku...
Penyelidik keselamatan komputer Jerman, Ralph Langner, berkata virus itu mampu mengenal pasti rangkaian kawalan kemudahan itu secara khusus dan bertindak memusnahkannya.Langner mengesyaki sasaran Stuxnet adalah kemudahan nuklear Iran di Bushehr yang setakat ini menghadapi masalah tertentu sehingga gagal beroperasi sepenuhnya.
Bagaimanapun, Siemens menafikan perisiannya digunakan di loji dibina Russia itu, manakala pegawai Iran tidak membayangkan Stuxnet menjejaskan kemudahan di situ.Menteri Telekomunikasi Iran, Reza Taqipour, berkata virus itu gagal menembusi atau menyebabkan kerosakan serius terhadap kemudahan kerajaan.
“Tiada masalah serius menimpa sistem komputer perindustrian dilaporkan di negara ini,” katanya.
Seorang lagi pegawai telekomunikasi, Saeed Mahdiyoun, berkata pasukan pakar kini mula memusnahkan virus berkenaan.
“Nampaknya ia adalah projek kerajaan asing,” katanya. Memetik beberapa pakar komputer, Iran Daily melaporkan, serangan itu kemungkinan besar didalangi Amerika Syarikat dan Israel dan dianggap sebagai sebahagian daripada ‘perang elektronik Barat ke atas Iran’. - AFP
Tahukah anda semua,Pada 26.9.2010,berita Bekalan Elektrik di ganggu oleh virus Stuxnet…. rupa-rupanya sudah terjadi di luar negara, Virus ini tidak diketahui sama ada ianya adalah ciptaan manusia atau datang dalam bentuk semulajadi, kerana gangguan elektrik ini,telah berjaya menyerang 7 buah negara, dan negara Islam Iran pada 26.9.2010,menjadi mangsa terbaru gangguan bekalan elektrik, apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan virus itu.
Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan itu.Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.
Tolong ambil iktibar….Dunia semakin hampir ke penghujungnya……
Sebar-sebarkan peringatan mengenai isu ini,SEBELUM TIBANYA HARI TIADA ELEKTRIK KELAK.....
Gunakan kemudahan elektrik yang masih ada sekarang sebaik mungkin dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan TEKNOLOGI ini,SEBELUM ANDA MENYESAL kerana pada waktu itu sudah TERLEWAT UNTUK ANDA lagi...
Pada waktu itu,barulah anda tersedar dan menyesal kerana tidak membaca apa yang saya perkatakan ini,kemudian anda berkata dalam diri sendiri,"Dulu Zameer Fisabilillah pernah ingatkan anda mengenai tanda-tanda serta SALAM PERINGATAN itu,ruginya jika aku tidak menghayati betul-betul apa yang dia cuba perkatakan itu serta memahami 1001 rahsia tersirat di sebalik SALAM PERINGATAN dari insan bernama Zameer Fisabilillah di alam maya ini"
Kredit lagi kepada Zameer Fisabilillah..
0 comments:
Post a Comment