Artikel ni, ummi dapat dari blog kegemaran ummi, iaitu Keluargaku Sayang yang telah banyak memberikan input - input berguna sebagai panduan hidup ini. InsyaAllah. Semoga anda juga sudi2 kan berkunjung ke laman webnya juga bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat bermanfaat untuk semua.
Kali ini, ummi sangat tertarik untuk 'menyimpan' cerita yang di petik oleh kak chik dari harian metro baru - baru ini. Suka untuk menyimpannya kerana ia melambangkan suatu penghargaan yang sangat besar buat insan yang bergelar isteri. Ini kerana dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari isteri lah, antara penyebab Maher Zain dapat berjaya sehingga ke hari ini.
Walaupun tidak didedahkan dan dipublisitikan siapakah isteri nya, namun ummi percaya isterinya sangat berbangga dengan apa yang telah di capai oleh suami nya itu dan, bagi ummi, mendoakan semoga kehidupan mereka akan berkekalan hingga ke Syurga..
Alhamdulillah, selain dari lagu yang di nyanyikan oleh Sami Yusof, lagu dendangan Maher Zain adalah antara lagu pilihan yang menjadi halwa telinga kami sekeluarga. InsyaAllah, moga Allah pandu jalan yang baik kepada kami, dan akan mendekatkan lagi kami kepadaNya Yang Esa sewaktu mendengar lagu - lagu mereka. InsyaAllah.
Buat Aisyah ( isteri Maher Zain ), didoakan juga moga dia akan tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian Allah. InsyaAllah..
Sokongan kuat isteri
Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my2010/10/16Pun begitu, penyanyi kelahiran Lubnan ini kemas mengunci bibirnya, enggan bercerita lanjut soal peribadi. Maher menolak dengan penuh hemah dan berbudi bahasa.Bisik salah seorang teman yang mengiringinya, nama wanita bertuah yang sudah lebih setahun disunting menjadi permaisurinya itu adalah Aisyah dan usianya 21 tahun. Nama yang sama ditanyakan kepada Maher, senyumnya meleret, terdiam seketika menyusun bicara.“Jujurnya, saya tidak mahu mengheret soal peribadi dan keluarga dalam lapangan kerjaya yang semakin menunjukkan peningkatan seperti sekarang. Saya akui yang sudah berkahwin dengan seorang wanita yang benar-benar memahami diri saya pada Jun tahun lalu dan sehingga kini perkahwinan kami diulit bahagia.“Dia (isteri) memang inspirasi kepada perjalanan diri seorang lelaki pada saya. Bukan saja menjadi peminat setia dan sahabat baik yang tidak jemu mendengar cerita manis dan pahit, malah dia juga penyokong utama yang sentiasa memastikan kerjaya saya tidak terhenti separuh jalan. Sejak awal lagi, dia mengetahui minat dan perjuangan yang ingin saya lakukan.“Saya berharap agar pihak media dan peminat menghormati pendirian ini untuk tidak mendedahkan identiti keluarga. Biarlah kerjaya nyanyian yang ditonjolkan bukannya soal peribadi. Malah, isteri dan keluarga saya juga tidak mahu jika publisiti tempias kepada mereka,” kata anak kedua daripada lima beradik ini dengan intonasi rendah dirinya.Hampir dua minggu Maher di Kuala Lumpur mempromosi album sulungnya, Thank You Allah sempat berkongsi pengalaman yang pernah terpalit dalam diari hidupnya. Selain menggegarkan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam Khamis dan Jumaat lalu dengan persembahan istimewanya di hadapan lebih 1,000 penonton, Maher juga hadir bagi menyampaikan dakwah melalui melodinya.Meskipun masih hijau di pentas nyanyian antarabangsa, namun konsepnya yang berbeza dengan elemen muzik yang menjurus ke arah balada ketuhanan ini jelas menggambarkan sebuah fenomena baru kepada peminat muzik dunia.SELEBRITI enggan terlepas peluang dalam membuat liputan ke atas usahanya dalam menyebarkan keagungan Islam menerusi nyanyian meskipun cerita mengenai Maher sudah banyak dipaparkan. Setidak-tidaknya, dakwah serta niat murninya itu diperluaskan lagi.“Album ini satu usaha yang mungkin dapat saya lakukan bagi menebus dosa lama selain menyebarkan agama menerusi bakat yang ada. Mungkin ini yang mampu saya lakukan dan saya percaya, setiap insan itu punya kelebihan masing-masing. Setakat ini usaha ini berkesan dan saya cukup berpuas hati maklum balasnya.“Saya adalah wajah Islam dan menjadi satu tanggungjawab saya untuk terus mengagungkan dalam apa saja cara sekalipun. Saya bersama beberapa tenaga kreatif yang menerbitkan album ini bersungguh-sungguh memperkenalkan karektor terbaik dalam Islam.“Saya perangi kezaliman yang berlaku terhadap saudara Islam lain dan pastinya saya cintai kedamaian untuk agama sejagat. Saya tidak mahu melihat umat Islam terus ditindas dan mustahil untuk saya terus ke depan dan berperang hingga pertumpahan darah. Justeru, perjuangan yang mungkin mampu saya lakukan adalah secara halus seperti ini. Alhamdulillah ia berkesan.“Bayangkanlah, setiap lagu saya yang sarat menceritakan kebesaran Islam ini mampu menarik perhatian peminat bukan Islam hingga mereka menitiskan air mata kerana kagum dengan keindahannya. Mereka mungkin tidak memahaminya, namun setidak-tidaknya, keharmonian dalam Islam itu berjaya memancing perhatian mereka,” katanya yang sempat mengajak peminat bagi mengunjungi laman sosialnya di facebook.com/maherzain.Sejauh mana kita tersasar daripada landasan kebenaran, itu tidak bermakna perjalanan seterusnya kekal gelap. Sesungguhnya, detik itu akan mengajar dan memberi ruang yang lebih luas untuk menoleh pada kesilapan lalu kepada mereka yang tergelincir. Untungnya mereka yang diberi peluang kedua.Tidak sekali merasa janggal dan malu, Maher mengakui dirinya bertuah selepas berjaya bangkit daripada zaman hapak bertahun-tahun lamanya. Malah, pengalaman itu digumpal kemas menjadi semangat baru. Inilah peluang kedua buatnya.Mungkin darah muda dan segala ujian yang datang ketika menimba rezeki dan pengalaman di kota New York menggoncang imannya. Namun berkali-kali Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah ini memanjat syukur diberi kesedaran oleh Allah.“Itu semua ketentuan dan satu suratan. Siapa saya untuk menolaknya. Namun alhamdulillah saya tidak terus hanyut dengan dugaan itu sebaliknya lekas sedar untuk kembali ke jalan yang benar. Saya terlalu taksub dengan keseronokan dunia serta rezeki yang tidak pernah putus ketika itu hingga jujurnya, saya lupa dengan Tuhan. Malah saya akui, kira-kira tujuh tahun lalu, saya tidak mampu melawan tekanan yang bersarang dalam jiwa. Saya lupa dan terus lupa segala-galanya soal kewajipan.“Ketika di Sweden saya bertemu teman-teman yang membawa saya ke sebuah masjid dan saya merasakan satu jawapan yang selama ini dicari-cari. Ibarat teka-teki yang terjawab. Saya mula sedar akan kealpaan selama ini,” katanya.Thank You Allah dipasarkan seluruh dunia pada Oktober tahun lalu dan memasuki pasaran tempatan kira-kira empat bulan lalu.Pengalaman sebagai penerbit muzik di New York menambah keyakinan lelaki berusia 29 tahun ini untuk merakamkan album yang mewakili jiwanya. Jelas Maher, darah seni itu sudah lama tersembunyi dalam jiwanya kerana sejak kecil, dia sudah terbiasa melihat ayahnya menyanyi serta mengadakan persembahan.“Ayah juga seorang penyanyi di Lubnan dan sejak kecil, saya sudah dikelilingi dengan muzik dan melodi. Alhamdulillah bakat dan minat itu datang seiring menguatkan lagi rasa percaya untuk terus memperjuangkan apa yang diimpikan. Pengalaman di New York juga membuka ruang yang lebih luas buat saya mencipta karya sendiri.“Thank You Allah adalah satu terjemahan daripada apa yang sudah lama terpendam dalam hati. Memang jujurnya keinginan untuk berbicara melalui nyanyian sudah lama saya fikirkan, cuma langkah itu tidak pernah bermula hingga insiden yang benar-benar membuka perspektif baru dalam diri saya.“Justeru, album sulung ini bukan sembarangan karya sebaliknya ia benar-benar dekat dengan diri saya,” katanya yang sempat bercuti ke Langkawi.Pinta graduan Kejuruteraan Aeronikal sebuah universiti di Sweden ini agar meneliti albumnya dengan mata hati. Thank You Allah memberi satu dimensi baru dalam industri rakaman seni suara. Bukan saja konsep, malah Maher menyuntik kejujuran jiwanya.“Inspirasi dalam penciptaan melodi serta lirik hanya berpaksi pada pengalaman dan rasa hati semata-mata. Tidak pernah saya memandang mana-mana penyanyi sedia ada atau ikon untuk dijadikan rujukan. Sebaliknya, kesemua 14 lagu dalam album ini punya cerita sendiri.“Insha Allah umpamanya menceritakan perhitungan dan kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam diri seseorang jika terus bertawakal dengan ketentuan. Memeluk Islam dan mengenali keindahannya membuatkan ada kalanya perasaan sayuitu wujud kerana memikirkan soal kebesarannya. Saya berhasrat agar ada yang tersentuh setiap kali menghayati lagu ini,” katanya yang meneruskan penjelajahan dakwahnya ke lima bandar utama di Amerika Syarikat sebelum ke Dubai, Jerman dan Sarajevo bermula bulan depan.
0 comments:
Post a Comment