Sedutan www.islamicfashionfestival.com.my
Bukan hanya di Dubai seperti paparan di  atas, penyebaran konsep asing ini di atas nama Islam tidak berlaku  sekadar di peringkat akar umbi masyarakat malah didukung oleh sebuah  badan antarabangsa yang dikenali sebagai Islamic Fashion Festival (IFF).  Penganjur kepada Festival Fesyen Islam di peringkat antarabangsa ini  ditubuhkan pada tahun 2006 dengan warga Malaysia menjadi tulang belakang  utamanya, dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penaung  utamanya.
Gagasan ini mahu menyebarkan satu rujukan  budaya dan visual yang mahu memperlihatkan bagaimana Islam boleh  dimesrakan dengan dunia moden semasa serta memperbaiki imej Islam yang  tercalar oleh keganasan di sana sini. Amat malang sekali apabila ijtihad  sebenar ini tiada langsung memperlihatkan sebarang rujuk silang dengan  agamawan, atau badan-badan agama untuk membimbing konsep rekaan fesyen  yang mahu ditampilkan.
Terkini, Islamic Fashion Festival yang  berlangsung di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 mengulangi penampilan atas  nama Islam, yang sangat jelek dan terang-terangan menghina Syariat Allah  Subhanahu wa Ta’aala.
“Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk  mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai  latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen  tersebut ke peringkat lebih tinggi” ujar Datin Paduka Seri Rosmah Mansor  usai berlangsungnya Festival Fesyen Islamik tersebut.Penyelewengan konsep ‘Busana Muslimah’ ini sesungguhnya bukan lagi kerja tukang jahit di Masjid India atau butik-butik kecil sekitar ibu kota. Islamic Fashion Festival bertindak sebagai sebuah gagasan antarabangsa yang mendapat empati dunia atas nama Islam progresif, moden dan anti keganasan.
Ia adalah sebuah gerakan.
“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”
BEBAS
“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.
“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.
Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.
Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).
Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.
Kami cemburu dengan agama kami.
BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang  yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya  menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka)  mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan  sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka  sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]
Ihsan dari : SaifulIslam
21:26


 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment