skip to main  |
      skip to sidebar
- Abdullah ibn Umar (Arab: عبدالله بن عمر بن الخطاب) adalah anak kepada sahabat Nabi yang terkenal juga Khulafa al-Rasyidin kedua iaitu Umar Al-Khattab. 
 
- Nama penuh beliau ialah Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Umar Ibn al-Khattab al-'Adawi. 
 
- Di lahirkan di Makkah selepas Rasulullah diutuskan sebagai Rasul. 
 
- Memeluk Islam ketika masih kecil dan menyertai Hijrah bersama ayah dan ibunya, Zainab binti Maz'un.
 
- Masih dianggap kecil dalam peperangan Uhud iaitu usianya 14 tahun
 
- Dan diizinkan menyertai peperangan Khandak ketika usianya melebihi 14tahun. 
 
- Seterusnya menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.  
 
- Beliau banyak mengambil ilmu daripada persahabatannya dengan Rasulullah s.a.w., di samping mulazamah di masjid dan menghafaz Al-Quran.
 
- Salah seorang ahli fekah dalam kalangan sahabat yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah 1,630 hadis. Beliau adalah seorang penghafaz hadith yang terkemuka selepas Abu Hurairah. 
 - Beliau juga lantang mengkritik kepimpinan kerajaan Bani Ummaiyyah ketika pemerintahan Abdul Malik bin Marwan 
 
- Terkenal sebagai sahabat yang amat kuat mengikut athar Rasulullah s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya : "Sesungguhnya Abdullah lelaki yang soleh jika dia berqiamullail."
 
- Meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah di Makkah dalam usia 84 tahun. Abdullah mati akibat tikaman pisau beracun yang diarahkan oleh Hajjaj ibn Yusuf.
 
 
 
 
 
  
 
 
 
  
 
0 comments:
Post a Comment