Sunday, 24 October 2010

Ulama Muda Umno Keliru ~ Ust Nasaruddin Tantawy

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawy menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.

Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat.

"Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri. Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat. Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.


Tambahnya lagi, sepatutnya ulama muda itu perlu menasihati Rosmah yang hadir bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Islamic Fesyen Festival tersebut.

"Bukan setakat hadir tetapi menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangannya kepada penganjuran tersebut. Sudah tentulah ia perlu bertangggungjawab, mengapa perlu dibezakan di antara penganjur dan penaung. Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak bertangggungjawab dari seseorang yang berilmu," ujarnya.

Berkata kepada TV Selangor, Nasaruddin juga mengingatkan Rosmah memang kenyataan ulama muda itu menyenang dan menyeronokkan beliau kerana membela tindakannya.

Tetapi yakinlah ulama seperti itu tidak membawa kebaikan kepada Rosmah kerana tidak berani menasihati dan menegurnya dari terlibat dalam program maksiat dan mungkar yang tidak menepati syariat Islam tetapi kononnya bersandar kepada Islam.

"Ini merupakan satu kesalahan besar dan satu jenayah dalam agama, iaitu mengistiharkan sesuatu yang tiada dalam agama sebagai agama. Sesuatu yang tidak datang dari Islam tetapi dikatakan Islam. Ini sesuatu yang serius," suaranya tegas.

Bercakap dakwaan bahawa golongan agama perlu menasihati penganjur mengapa perlu berbuat demikian sebelum memberi teguran. Nasaruddin, menjelaskan ulama muda itu menggunakan kaedah yang songsang.

Sepatutnya beliau kena tegur pihak penganjur sebelum melakukan sesuatu aktiviti mereka perlu tanya ulama dahulu, berkenaan hukum syariat sama ada ia dibenarkan, bercanggah atau pun tidak dengan Islam.

Bukan apabila mereka buat kemudian bertentangan dengan Islam kemudian orang bantah dan perlu tanya pula mengapa dia buat. Ini satu kaedah yang sonsang.

Kes ini menjadi besar kerana ia membabitkan pemimpin utama negara dan melibatkan kepentingan umum.

Sebelum ini Fathul Bari yang berucap kali pertama dalam perhimpunan agung Umno berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

Beliau juga menyelar pembangkang kerana mengecam tindakan Rosmah menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Dakwanya, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons