1. Kecewa !  Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh  pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan  dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .
2. Semua orang kenal dan tahu  bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten  mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut  ditolak oleh masyarakat barat .
3. Rancangan teleyisyen barat  seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert  kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan .  Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan  sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut  mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari  lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.
4.Persoalannya , kenapa  kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam  agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba -  tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]
5. Saya difahamkan pada hari  yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan  artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di  Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik  jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .
6. Fakta dan nasihat yang  bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi  bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi  kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan  fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini  sehingga ia mahu ditambah lagi ?
7. Sudahlah baru - baru kita  dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang  dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung  beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi .  Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi  masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat  yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia  dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam  kehidupan mereka .
8. Saya mewakili Dewan Pemuda  PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar  segera  membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan  penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak  bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang  timur .
9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah  kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan  agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik  masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan  budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus  guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .
10. Anak - anak muda tidak perlu  gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita  mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah  konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .
21:24

 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment