Ummi baru sahaja melanggan majalah solusi dari Telaga Biru, dan mungkin edisi yang akan datang, barulah ia akan sampai ke tangan ummi. Alhamdulillah, setelah banyak kali meneliti isi kandungannya, amat berpuas hati dan merasakan ia memang patut berada dalam simpanan ummi. Moga perbelanjaan ummi kepada perkara yang bermanfaat ini akan mendapat berkat dariNya.. Amin.
JIKA SEMUA GOLONGAN YG ALIM BERSIKAP SEPERTI MALIK RA adalah antara kandungan yang terdapat di dalam Majalah Solusi di bawah Kolum Ustaz Umar M Nur hafizahulLah, dan petikan ini ummi dapat dari fb Ust Zahazan yang merupakan salah seorang ustaz rujukan bagi majalah ini.
--------------------------------------------------
Sebagai tokoh rujukan umat Islam, nama Imam Malik bin Anas sangat harum di sisi penguasa Abbasiah di Baghdad. Khalifah Abu Jaʻfar al-Mansur (w. 158H) sangat mengagumi dan menghormati beliau. Ketika Khalifah al-Mansur datang ke Makkah untuk melaksanakan ibadah haji, beliau segera menjemput Imam Malik untuk menemuinya. Kedua-duanya berbincang tentang pelbagai permasalahan agama. Tampak sekali, Khalifah sangat teruja dengan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam ahli Madinah ini.
Khalifah al-Mansur lalu berkata, “Saya berniat untuk menyalin bukumu yang bertajuk al-Muwatta’ dan mengutusnya ke seluruh negeri. Lalu akan aku perintahkan semua rakyat untuk melaksanakan isinya dan meninggalkan kitab-kitab yang lain. Ini kerana aku berpendapat bahawa mazhab yang benar adalah riwayat dan pendapat ahli Madinah.”
Abu Jaʻfar al-Mansur terkenal sebagai seorang khalifah yang sangat tegas dan disegani rakyatnya. Jika beliau memerintahkan sesuatu, tidak ada yang berani membantahnya. Dan ucapan beliau kali ini berisi tawaran untuk menjadikan kitab al-Muwatta’ satu-satunya rujukan hukum dan fatwa Imam Malik satu-satunya fatwa yang bakal diguna di tengah-tengah masyarakat.
Namun, apa agaknya respons Imam Malik terhadap tawaran ini? Beliau berkata, “Wahai Amirulmukminin, janganlah engkau lakukan niat ini! Sesungguhnya masyarakat telah mempunyai pendapat mereka sendiri. Mereka juga membaca hadis dan pelbagai riwayat. Setiap orang mengamalkan pendapat yang menurutnya benar sesuai dengan berbagai-bagai fatwa para sahabat Nabi s.a.w. Mencabut amalan dan pendapat yang selama ini diyakini bukan perkara ringan. Maka biarkanlah setiap orang melaksanakan pendapat yang menjadi pilihan mereka.”
Mendengar jawapan bijaksana yang keluar dari mulut Imam Malik ini, Khalifah al-Mansur mengurung niatnya. Beliau berkata, “Demi Allah, andai engkau setuju, nescaya aku akan segera melaksanakan niatku ini.”
----------------------------
Mencari sumber untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Imam Malik ini, dan ummi telah menjumpai petikan di bawah dari Dakwah Islam yang menceritakan sedikit sebanyak tentang Imam Malik ini.

Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubungkait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.
Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam kitabnya al-Muwattha’. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai:
“Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan kitab Imam Malik ini.”
Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah, Iraq.
Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:
“Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik?”
Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum thalaq yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh thalaq ke atas isterinya.
Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa thalaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh thalaqnya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijriah). Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Allahu a’lam bisshawab.
1 comments:
cuma nk tanya, artikel pasal imam malik ni majalah solusi edisi ke berapa?
Post a Comment